Kedudukan Terkini

Wednesday 20 March 2013

Torres, anak emas CHELSEA.

Siapakah Torres ? Hebat ke dia sampai Roman terpikat dan beli dia ? Torres start kareer dalam bolasepak sebagai keeper tetapi lama-kelamaan cepat menaik menjadi striker dan dipilih sebagai player U14 terbaik di Eropah ketika itu berikutan aksi cemerlangnya dalam Piala Nike tahun 1998.Semua fan CHELSEA tidak ambil peduli siapa Torres. Torres player Liverpool dan ada aku kisah ? Begitulah 'rasa' fan CHELSEA pada ketika itu. Torres mencipta nama di Liverpool. Pada tahun pertama beliau di Anfield pada 2007, Torres tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta rekod sebagai pemain Liverpool pertama dalam sejarah jaringkan lebih dari 20 gol semusim sejak Robbie Fowler 11 tahun sebelumnya. Torres score gol ke 50 pada musim kedua beliau bersama Liverpool. Gol pertama beliau dalam EPL menentang CHELSEA score gol penyamaan seri 1-1 pada musim 2007/08. Torres juga score lawan CHELSEA dalam separuh akhir 2nd leg Champions League musim 2007/08 tetapi tidak dapat menghalang CHELSEA daripada menang dengan aggregate 4-3.Desas-desus mula tersebar seawal musim kedua beliau  bersama Liverpool dengan CHELSEA mula memasang impian untuk mengikat Torres sehingga menjadi kenyataan pada 2011. Sekembalinya Torres dari kecederaan, beliau masih mampu menjaringkan 17 gol dari dalam 38 kelibat game. Antaranya score dua gol tewaskan CHELSEA musim 2008/09. Sepanjang zaman star beliau di Anfield, Torres menjadi duri dalam daging kepada CHELSEA ketika itu.


 
Aksi gerakan solo Torres menjaringkan gol penting CHELSEA 
tumpaskan Barca pada separuh akhir kedua Champions League di Camp Nou.


 Torres tidak boleh dijentik oleh sesiapapun. Roberto di Matteo bertindak berani mati dengan tidak menurunkan beliau ketika aksi Champions League musim ini lawan Juventus. Satu arahan jelas ditujukan kepada RDM sebelum aksi lawan Juventus iaitu turunkan Torres atau jika tidak,awas.Torres hanya diturunnkan sebagai sub dan CHELSEA tewas 0-3 dan mencipta rekod baru. Selepas itu RDM dengan serta merta dipecat oleh Roman Abramovich. RA perlu turunkan Torres setiap game berdasarkan dengan jumlah bayaran yang mahal dilaporkan 50 juta pound untuk memikat Torres ke CHELSEA. Amat rugi jika Torres tidak diiturunkan walau satu game. Sen itu akan berbayar bila Torres turun walaupun tidak memberikan hasil. Fans CHELSEA akan mengamuk jika ada fan CHELSEA yang lain mengutuk Torres. Fans CHELSEA anti Torres akan naik darah jika pujian melambung berterusan diberikan kepada Torres walaupun Torres benar-benar flip flop,malah dicap sebagai Torres FC. Ada yang mengatakan kegagalan midfielder memberi bola kepada Torres sebagai antara punca Torres flip flop. Ada juga yang memberikan pendapat semua department CHELSEA tidak sesuai untuk Torres. Torres dibiarkan keseorangan di atas padang. Apakah betul pendapat itu ? Kalau kita bandingkan dengan apa yang Torres lalui di Liverpool,fakta memberikan jawapan.

 
Torres bersama anaknya,Nora meraikan kejuaraan Sepanyol,
score gol ketiga Sepanyol tewaskan Italy 4-0 di Euro 2012.

Torres menemui sasaran di depan gol. Torres lead Liverpool top scorer selama dua musim. Semasa di Atletico Madrid pula,Torres leading top scorer kelab itu sebanyak 5 kali sepanjang 6 tahun Torres di sana. Di CHELSEA pula, Torres mengikut rekod menjaringkan 14 gol daripada 74 kelibat atas padang.  Fakta memberikan segala-galanya. Tag harga yang dibawa Torres begitu membebankan. Kenyataan Torres flip flop harus ditukar sebenarnya. Menariknya Torres memenangi medal kejuaraan utama bolasepak bersama CHELSEA iaiutu Piala FA dan Champions League 2012, dan bukan di Liverpool mahupun ketika di Atletico Madrid. Ingatkah lagi dengan gerakan solo maut yang dilakukan Torres ketika menentang Barcelona di Nou Camp dalam aksi semi final 2nd Leg Champions League. Torres menjadi player ke 19 yang score melawan Real Madrid dan Barcelona. Beliau pemain Sepanyol pertama yang berbuat demikian. Pada ketika itu, pengkritik melabelkan pembelian Torres oleh CHELSEA sebagai berbaloi dan tidak sia-sia. Score gol pada saat genting dan mendebarkan. Namun, apa yang dibuat Torres belum cukup meredakan pengkritik. Torres umpama wira yang tak didendang bagi mereka. Torres juga menjadi penyelamat dalam saingan 16 terbaik UEL score gol ketiga CHELSEA lawan kelab dari Romania. Berbaloikah harga Torres apabila menjaringkan gol di saat CHELSEA hampir ditunjukkan jalan keluar ? Torres pernah dipetik sebagai berkata,beliau hampir hilang minat terhadap bolasepak pada musim 2011/12 ketika bersama CHELSEA yang menyaksikan CHELSEA tumpas 1-3 kepada Man.United pada September.

Torres sebenarnya no flop at flips.

[ wyedabelyu ]