Kedudukan Terkini

Wednesday 6 November 2013

EPL TAKTIKAL REVIEW,GAMEWEEK 10, CHELSEA 0 – 2 NEWCASTLE UNITED

Yezaa.. Arini baru admin dapat buat sedikit review pasal game lepas ..Asal permainan theBlues x kena eh ?? smpi leh kena tibai 2-0 tuu..haha..xpe2 meh kita kongsi2kan sedikit apa yg berlaku based on pemerhatian ni..zassss
OK, start di awal permulaan game Mourinho bermain formasi 4-2-3-1 iaitu meletakan Juan Mata sekali lg dibhg attacking line bersama gandingan hazard & Oscar membentuk Trio Mazacar ( interchanging attacking threat satu ketika dulu di bawah Di Matteo / Rafa benitez) Di bhg Holding , Frank Lampard akan pair bersama Ramires ..Intention yg begitu sempurna dlm formasi dua defensive midfield iaitu seorang destroyer dan seorang creator. Di Backline pula Luiz akan bekerjasama bersama Terry di apit kedua Fullback yg cukup sinonim dlm line up pilihan Mourinho iaitu B.Ivanovic & A.Cole.
Alan Pardew mengekalkan the magpies philosophy dengan bermain system 4-4-2 , two bank of four atau dlm istilah bahasa melayu “empat pemain dua barisan” . Dalam system ini , Pardew mengamalkan high defensive line di backline iaitu Yanga-Mbiwa bergandingan Williamson dengan dua fullback yg cukup energetic Santon ( bekas anak didik Jose ketika di Inter ) & Debuchy. Di barisan pertama pula , Tiote pair bersama Cabaye utk shield kepada back four manakala Goufran & Sissoko akan stay di wide area. Di bhg jentera serangan dua pemain di gandingan seorang direct poacher dan seorang center forward yg bermain sbg runner iaitu Ameobi & Loic Remy.
Bagaimana kedua team bermain ?? kita amik yg simple things jer coz ada byk lg key point utk game ni mybe terlepas pandang..
Di sepanjang 30 minit perlawanan, Chelsea cuba bermain pass into feet, tanpa diagonal ball atau kurang supply ball yg direct ke forward utk long passes ( ini di sebabkan permainan high defensive line Newcastle yg Berjaya mengekang Torres / Mata utk utk offside trap ) meletakan trio adalah salah satu cara Chelsea utk generate lebih banyak chance dibhg attacking..ketiga mereka kerap kali melakukan interchanging position dan sentiasa roaming di final third lawan

Apa yg Newcastle buat ?? Padrew lebih awal tahu corak serangan Chelsea, meletakan 3 creative playmaker mereka itu sudah pasti lebih banyak chance dpt di hasilkan, dengan cara itu Newcastle gunakan system bertahan, cuba absorb gameplan Chelsea ..ketika out of possession, dua pemain di barisan pertama akana sit back..drop deep walaupun tanpa melakukan pressing kpd playmaker Chelsea tetapi lebih kpd stay back utk memadatkan kawasan atau melakukan interception. Ini amat menyukarkan Chelsea utk melakukan hantaran2 tepat dan mengharapkan individual ability utk stretch defender Newcastle keluar dari kawasanya . Ini tidak berlaku kerana disiplin pemain2 pertahanan Newcastle yg bermain “play behind the ball” Dan game berakhir seri di separuh masa pertama.
Utk counter game di separuh masa kedua.. Taktikal kedua pengurus yg menjadi sandaran. Dengan Chelsea yg kurang kreativiti dan melihat Torres seperti isolated di atas tanpa feed yg baik, Mourinho mengarahkan Frank Lampard utk naik ke atas sedikit utk support berbanding melakukan long passes ( intention Mourinho di lihat utk press bola lebih banyak berada di padang lawan) Dan Chelsea bermain dengan single anchorman iaitu Ramires membentuk formasi seakan2 4-1-4-1 iaitu empat midfielder di belakang torres.
Perubahan ini langsung tidak menjadi dan pertukaran di buat dengan dua pemain diganti . Willian & mata dan Torres kpd Eto ( perubahan defensive yg sedikit catchy memberikan fresh leg kedua pemain) Eto akan lebih banyak roaming sedikit sebanyak membantu membuka ruang kpd team mate melakukan shooting atau create lbh banyak chance dan Willian seorang right footed player di arahkan utk stay right wing. Pardew juga kekal dengan formasi dan pemain yg sama kecuali Cisse di masukan menggantikan Ameobi dan cuba switch sedikit kedudukan pemain di mana Cisse akan UP menjadi targetman dan Remy drop sedikit di belakangnya. Manakala 2 wider player akan masuk ke dalam sedikit utk memberikan freedom kpd Fullback utk overlap jika bola dlm kawalan. Ini lebih di lihat seperti corak Mancini 4-2-2-2 ( 1-1) yg saling bergandingan.
Dengan perubahan ini ,Pardew berjaya sehinggakan Gol pertama terjadi atas defensive error Chelsea , tight marking yg sedikit longgar. Melihat terdapat gap diantara Ramires dan 4 midfielder di atas , ini membolehkan Newcastle melakukan quick counter attack dan hasilnya adalah gol kedua yg menutup harapan Chelsea utk melakukan comeback.
Game kali ni sebenarnya ada beberapa factor yg menjadi key point utama cuma admin just amik sedikit saja utk kita kongsikan ..salah satunya penyebab yg ketara ialah spt decision making playmaker Chelsea yg terlalu lambat utk melakukan hantaran dan juga hantaran yg kurang accurate sehinggakan banyak kali terlepas bola dan amat mudah kerja2 intercept di lakukan 1st shield the Toons... Apapun ini hanya sekadar pengkongsian.. 


#FN
#soljaforallraces