Kedudukan Terkini

Saturday, 26 January 2013

Kenapa Pep Tak Nak Join CHELSEA ?


Beberapa minggu yang lepas kita dikejutkan dengan decision Pep join Munchen. Pep join Munchen gantikan coach sedia ada, Jupp Heynckes yang akan bersara akhir musim ini. Sebahagian besar menaruh harapan Pep akan join CHELSEA dengan rekod superb beliau masa kat Barca. Beliau menjadi manager paling muda menjuarai Champions League dalam sejarah penganjuran. Bakat beliau luar biasa. Kita sendiri tau apa yang berlaku di CHELSEA cukup buat kita menarik dan menghembus nafas panjang-panjang apatah lagi CHELSEA dikuasai taikun Roman Abramovich sejak mengambil alih Jun 2003. Sejak itu,RA mempunyai 10 managers termasuk interim manager sekarang,Rafa Benitez yang dibawa masuk gantikan tempat Roberto Di Matteo yang dipecat walaupun membawa CHELSEA menjuarai Champions League musim lepas.  Apa yang boleh Pep lakukan untuk tempoh 8 bulan seperti yang terjadi kepada RDM? Sudah tentu Pep mahu mengelak ini terjadi kepada beliau. CHELSEA pernah membawa masuk Carlo Ancelotti. CA bukan calang-calang manager ketika di AC Milan. Antaranya gelaran juara Eropah dua kali,selain FIFA Club World Cup dan UEFA Super Cup. CHELSEA menang 3 piala di bawah kendalian CA. Di CHELSEA,jawatan manager bukan 'jawatan suka-suka'. Begitu juga dengan nasib Andre Villas Boas,AVB dengan rekod cemerlang ketika di Porto. Mengemudi Porto menjadi juara Portugis Supercup,membawa Porto menjuarai liga untuk kali yang ke 25,menamatkan saingan liga dengan perbezaan mata paling besar iaitu 21 mata dengan team tempat kedua,Benfica dan juga menang Europa League.Akhirnya,AVB dipecat selepas 257 hari duduk di kerusi panas dengan 13K pound seminit sepanjang 40 game dia in charge.

 Mastermind Barca suatu ketika dulu

Jelas,bagi RA kemenangan memenangi piala paling keramat pun tak boleh gerenti seseorang manager itu kebal dari dipecat. Falsafah RA mudah,performed now iaitu menang,menang dan berterusan menang. Keputusan terkini setiap game menjadi kayu pengukur kepada RA dan juga boleh menjadi time bomb kepada mana-mana manager ketika itu dan kini. Faktor inilah yang perlu dinilai Pep jika mahu turunkan tandatangan. Jika Pep setuju sign,beliau mesti faham beliau tidak kebal dan perlu terima risiko pada bila-bila masa seperti yang terjadi kepada past managers. Sudah tentu sebagai pencari kerja,Pep mahu kelab dan pemain yang terbaik serta visi kelab yang menyenangkan. Kelab yang bukan saja namanya gah tapi juga mahukan pengurusan kelab yang memahami falsafahnya. Pep sebagai orang baru memerlukan masa untuk develop team dan players yang sedia ada. Ditambah pula CHELSEA dalam proses 'reformasi' players muda dengan kehadiran Hazard,Oscar,Marin dan Mata. Bukan mudah untuk bermula dari kosong berbanding di Munchen,Pep mempunyai himpunan players yang bagus di setiap department seperti Lahm dan Boateng di pertahanan,Ribery,Robben di midfield dan Mandzukic,Muller dan Kroos di bahagian forward. Jikapun main players Munchen injured,Pep tidak gusar sebab second players mampu mengisi kekosongan tempat dan boleh memberi reaksi dalam game. RB sekarang pun masih lagi cuba untuk menggilirkan players dalam satu-satu game dengan satu ketika menurunkan first eleven yang terkuat tapi kecundang juga. Semua ni perlukan masa untuk study lebih-lebih bagi team CHELSEA yang sekarang ini berada dalam keadaan form yang turun naik walaupun kedudukan semasa di position ke-3. CHELSEA sudahpun melepaskan lima piala musim ini dengan baki dua piala masih dalam buruan,Piala FA dan Europa League. Form yang luarbiasa ditagih jika mahu menjulang trofi EPL. Department CHELSEA ketika ini belum cukup seimbang. Sepanjang masa rehat Pep,beliau sudah tentu dapat jawapan hasil congakan yang beliau nilai. 


 MAZACAR. Mata,Hazard dan Oscar

Betapa CHELSEA jadi juara bertahan pertama dalam sejarah Champions League yang tersingkir seawal peringkat kumpulan beri gambaran kepada Pep,CHELSEA bukan lagi dalam senarai pilihannya. Isu Torres dan rakan-rakan menjadi perhatian beliau. Paling atas ketika ini isu midfield dan striker. Adalah sesuatu yang memeningkan bagi Pep menyerap tekanan,mengejar masa dan mendapatkan result yang baik semata-mata mahu menyelamatkan diri dari dipecat. Ketika di Barca,Pep mencorak game yang menghiburkan dan ini yang mahu dilihat Pep kepada kelab baru yang mahu beliau join. Jikapun tidak menghiburkan,sekurang-kurangnya kelab itu boleh memberikan beliau ruang seluas-luasnya untuk mencipta sesuatu yang pastinya memerlukan masa. Munchen dalam prestasi terbaik ketika ini dengan semua department memainkan peranan masing2 dengan Mandzukic dan Muller berada dalam kedudukan terbaik senarai top scorer dengan 11 gol dan 9 gol. Player CHELSEA pula sebelum kehadiran Demba Ba [ Demba Ba hanya join CHELSEA pada 4 Januari 2013.Sekarang BA position ke-3 top scorer lanjutan dari score sedia ada beliau ketika bersama Newcastle United ] langsung tidak menghuni top ten EPL scorer. Di Munchen, Pep ibarat basuh kaki saja. Munchen masih lagi bersaing dalam Champions League. Tugasnya nampak lebih mudah hanya perlu membuat homework yang ringan berbanding di CHELSEA.

[ wyedabelyu ]

No comments:

Post a Comment